Monday 29 August 2016

MERDEKA! Disini Tanah Tempat Tumpah Darahku..

Haii..
Insya Allah, tinggal berapa jam lagi kita satu Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kita. Tahun ni sudah masuk tahun yang ke 59, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaaan tetapi seringkali apa yang dipersoalkan adalah penghayatan masyarakat mengenai pengertian disebalik sambutan itu.

Kemerdekaan membawa maksud yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa.



Negara kita juga tidak ketinggalan menikmati rasa merdeka yang sebenar. Dalam menghayati dan mempelajari sejarah, kita dapat merasai erti pengorbanan yang sebenar meskipun kebanyakkan daripada kita tidak pernah melalui zaman dijajah ketika itu.

Kita perlu ingat, bukan mudah menghadirkan sesebuah "KEMERDEKAAN" kepada sesebuah negara. Kita sepatutnya harus bersyukur dan beruntung kerana dilahirkan dalam serba lengkap dan harmoni.

Kita yang tinggal harus bijak mewarisi erti kemerdekaan supaya negara terus dijulang oleh anak cucu kita di masa hadapan. Juga, kemerdekaan ini bukanlah hat mutlak kepada kita tetapi dipinjamkan untuk generasi anak cucu kita. Insya Allah..

Bagi admin sendiri, erti kemerdekaan adalah, Kebebasan berfikir, bersuara, memilih dan melakukan perkara perkara yang disukai selagi tidak melanggar hukum dan peraturan agama. Merdeka juga bermaksud Berdaulat, mempunyai kebebasan hak, kewibawaan dan kuasa.

Semoga dengan kehadiran kemerdekaan ini kita dapat bersama bersatu dalam meningkatkan lagi keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta. MERDEKA !!!

No comments:

Post a Comment