Monday 29 August 2016

MERDEKA! Disini Tanah Tempat Tumpah Darahku..

Haii..
Insya Allah, tinggal berapa jam lagi kita satu Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kita. Tahun ni sudah masuk tahun yang ke 59, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaaan tetapi seringkali apa yang dipersoalkan adalah penghayatan masyarakat mengenai pengertian disebalik sambutan itu.

Kemerdekaan membawa maksud yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa.



Negara kita juga tidak ketinggalan menikmati rasa merdeka yang sebenar. Dalam menghayati dan mempelajari sejarah, kita dapat merasai erti pengorbanan yang sebenar meskipun kebanyakkan daripada kita tidak pernah melalui zaman dijajah ketika itu.

Kita perlu ingat, bukan mudah menghadirkan sesebuah "KEMERDEKAAN" kepada sesebuah negara. Kita sepatutnya harus bersyukur dan beruntung kerana dilahirkan dalam serba lengkap dan harmoni.

Kita yang tinggal harus bijak mewarisi erti kemerdekaan supaya negara terus dijulang oleh anak cucu kita di masa hadapan. Juga, kemerdekaan ini bukanlah hat mutlak kepada kita tetapi dipinjamkan untuk generasi anak cucu kita. Insya Allah..

Bagi admin sendiri, erti kemerdekaan adalah, Kebebasan berfikir, bersuara, memilih dan melakukan perkara perkara yang disukai selagi tidak melanggar hukum dan peraturan agama. Merdeka juga bermaksud Berdaulat, mempunyai kebebasan hak, kewibawaan dan kuasa.

Semoga dengan kehadiran kemerdekaan ini kita dapat bersama bersatu dalam meningkatkan lagi keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta. MERDEKA !!!

Sunday 28 August 2016

Tina Tajuddin: TIC Champions Early Childhood Education




Ain Shaz, 20 is currently my practical trainee. I took her in when she was 18 immediately after SPM result. She is one of my Diploma Students of Early Childhood. She's from Kedah and her ambition to become a doctor. Previously she is one of the to scorer in her school back in her hometown.

I promised her that her Practicum in my so called tadika The Kida Campus will not be easy. Simply because my vision and goal is to EMPOWER teachers. Teachers thy will never be seen only in classroom but beyond. Teachers who is the GURU for the true asset of the nation.

So there you go nearly 300 children gathered yesterday, more than 10 Media covered in our program of Inovasi ALAM CILIK and has put Ain Shaz as Project Manager. I strongly believe that one day with all the exposure she's getting and her openess to learn with carve her a promising future in Early Childhood Profession.

True enough she has changed her ambition to be a doctor in a hospital but a future Specialist and Expert in Early Childhood Education. Her aim now to become a Professor in ECCE.

To be teachers and and potential Teachers out there, if you trust my organization capabilities that can take you far, do not hesitate to join our range of Early Childhood programs from certificate until Degree level.

But the point is, what  I can offer you is not mere paper qualification. BUT that learning and working experience taht you would havr never imagine in your life.

If I can do it to Ain and many other students in TIC, it is a real pleasure for me to do it for you.

Come and join me and TIC. Let us transform you NOW in The Real World of Early Education.

Sincerely....
TINA TAJUDDIN
CEO,
Taj International Colllege.


http://www.tic.edu.my/

Saturday 27 August 2016

Kemeriahan INOVASI ALAM CILIK serta sambutan hari MERDEKA. Hanya di TIC!!



Assalamualaikum & Selamat pagi jumaat yang mulia.. Alhamdulilah.. Semalam berlangsung nya program terhebat dari TIC sendiri yang berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya  dengan kehadiran para tetamu kehormat serta anak - anak istimewa dari setiap daerah di Ipoh , Perak.

Selain dengan kehadiran para media seperti TV3, Awani, RTM, Bernama dan lain lain yang turut serta dalam memeriahkan majlis. Tahniah dan syabas diucapkan kepada CEO TIC, Puan Tina binti Dato Seri Haji Tajuddin selaku Penaung kepada Tadika The Kids Campus yang merupakan tuan rumah dalam program gilang gemilang ini.

Antara objektif utama yang ditekankan dalam program ini adalah tentang kesedaran penting nya menjaga alam sekitar, dimana setiap kanak kanak yang terlibat dari semua tadika seluruh Ipoh mahupun kanak kanak istimewa juga diberkan tugasan seperti bermain pertandingan yang membina minda.






Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan tarian "PENCURI HATI" dari kanak kanak dari Tadika TIC The Kids Campus sendiri.. Persembahan cilik itu cukup memukau hati penonton dan para guru guru yang hadir.



Tuesday 23 August 2016

HANYA DI TIC : Pesta Nakshatra II yang berlangsung dengan penuh gemilang!

Hi semua.. Just nak share pada sabtu yang lepas, telah berlangsungnya Pesta Nakshatra yang dianjurkan oleh para pelajar dan juga pensyarah dari bangsa India sendiri. Tak juga ketinggalan para staffs melayu juga bersama menghadiri pesta yang seakan pesta Bollywood ini.. Secara langsung nya, TIC sendiri amat menitik beratkan kesatuan kaum dalam apa jua sambutan budaya..


Dibawah, admin kongsikan gambar gambar semasa pesta dijalan kan.. Amat meriah.. Dan yang paling penting, HANYA DI TIC .. :)










Sunday 14 August 2016

TIC Perkenal Program SGS Untuk Bantu Penuntut

August 12, 2016

HOUSEWIFE.CEO.ENTREPRENEURS


HOUSEWIFE WHO BECAME A CEO

Monday 1 August 2016

Fast Track HOUSEWIFE TO CEO ; Bermulanya sebuah cerita CEO..

FAST TRACK HOUSEWIFE TO CEO..
Bermula dari meja seorang surirumah ke CEO.. 




Antara modules yang diketengahkan dalam program ini adalah berkisar tentang keusahawanan &tujuan perbaiki naiktaraf perniagaan.

Antara ciri-ciri usahawan.. 

Seseorang yang berani mengambil risiko bermaksud individu atau suatu perniagaan yang cenderung untuk bersifat kearah sesuatu yang berpotensi dalam menyebabkan masalah atau kerugian dari segi kewangan, dan juga boleh mewujudkan satu peluang untuk mendapatkan suatu ganjaran (BusinessDictionary.com). Bagi ciri ini, saya merasakan Donald John Trump sesuai dengan sifat ini. Beliau terkenal sebagai seorang pemaju hartanah yang berjaya dan merupakan seorang usahawan jutawan yang berasal dari Queens, New York. Pada tahun 1971, beliau telah terlibat dalam projek-projek bangunan di Manhattan yang membawa pulangan yang cukup besar. Pada tahun 1980, beliau membuka Grand Hyatt, yang menjadikan beliau paling terkenal dan pemaju paling kontroversi di bandar ini. Pada tahun 2004, Trump mula membintangi siri realiti hit The Apprentice (Biography.com).
Mengenai penglibatan yang Donald Trump telah dilaluinya, hal tersebut sangat memaparkan sifat beliau sebagai individu yang berani mengambil risiko dalam bidang keusahawanan. Beliau bersedia untuk membahagikan tumpuannya bukanhanya dalam perniagaannya bahkan berani mengambil bahagian dalam dunia hiburan. Hal ini kerana, perkara ini akan memberi beliau satu prospek yang lebih luas dalam mempromosikan dirinya dan firma itu untuk pasaran dunia. Selain itu, keputusannya untuk melibatkan ke dalam dunia politik adalah satu contoh untuk menunjukkan bahawa dia adalah pengambil risiko. Berada dalam bidang politik juga menjadi satu cara untuk dia mengembangkan rangkaian dan pada masa yang sama membangunkan empayarnya dalam perniagaan. Satu lagi contoh yang menunjukkan beliau adalah seorang usahawan yang suka mengambil risiko ialah, semasa beliau memulakan langkah pertama dalam perniagaan ini, beliau telah menghadapi rentetan bebanan hutang dan termasuklah diisytiharkan muflis pada tahun 1991, 1992, 2004 dan 2009 (Wikipedia.com). Walaubagaimanapun, beliau tetap optimis dan bangkit dari kejatuhan dan beliau melakukan apa saja yang mampu tanpa memikirkan risiko kerana kesungguhan beliau untuk menjadi ahli perniagaan yang terbaik di dunia. Dengan menjadi seseorang yang mengambil risiko, kita dapat melihat Trump mendapatkan kejayaannya melalui kesusahan dan halangan tetapi pada akhirnya,hasilnya sangat berbaloi.

2          2)    PROAKTIF

Proaktif bermaksud tindakan dan hasil carian yang berorientasikan tingkah laku, dan bukan seseorang yang hanya menunggu untuk perkara-perkara berlaku dan kemudian cuba untuk menyesuaikan diri atau dalam erti kata lain, bertindak balas kepada mereka. Tingkah laku proaktif bertujuan untuk mengenal pasti dan mengeksploitasi peluang dan mengambil tindakan segera terhadap masalah, ancaman dan potensi (BusinessDictionary.com). Bagi ciri ini, saya dapat melihat dengan jelas dalam diri usahawan, Tony Fernandes. Beliau adalah seorang usahawan Malaysia dan pengasas Tune Air Sdn. Bhd., serta telah memperkenalkan perkhidmatan penerbangan Air Asia yang mampu dinikmati semua lapisan rakyat Malaysia dengan mewar-warkan slogan "Sekarang semua orang boleh terbang". Fernandes menjadikan Air Asia, syarikat penerbangan komersial dan dalam masa yang sama dapat menawarkan tambang murah (King, 2013).
Melalui sifat proaktif, kita boleh melihat banyak pencapaian beliau dan antaranya adalah beliau kini merupakan ahli Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW). Fernandes adalah bekas eksekutif Warner Music di Malaysia. Apabila Time Warner Inc mengumumkan penggabungan dengan America Online Inc., Fernandes meninggalkan untuk mengejar impiannya untuk memulakan perkhidmatan dengan bajet dalam perkhidmatan penerbangan.Pada September 2001, Fernandes membeli AirAsia dan menjadi ketua eksekutif bagi syarikat tersebut. Dalam fikirannya, rakyat Malaysia akan menikmati kadar tambang rendah yang mampu menjimatkan masa dan wang, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Fernandes menganggarkan kira-kira 50 peratus daripada penumpang di syarikat penerbangannya adalah daripada kalangan yang menggunakan perkhidmatan udara buat kali pertama. Sebelum kedatangan AirAsia, beliau menganggarkan bahawa hanya enam peratus rakyat Malaysia yang pernah menaiki kapal terbang atau menggunakan jalan udara. Pada tahun 2007, Fernandes memulakan rantaian hotel, Tune Hotels, berasaskan konsep perkhidmatan tanpa caj tambahan (Wikipedia.com). Semua penglibatan tersebut merupakan contoh  beliau sebagai seorang usahawan yang proaktif.

3)    BERWAWASAN

Seseorang yang berwawasan adalah seseorang yang mempunyai atau menunjukkan idea yang jelas tentang apa yang sepatutnya berlaku atau dilakukan pada masa akan datang dan juga mempunyai imaginasi yang kuat (The Free Dictionary.com). Bagi ciri ini, saya merasakan Mark Zuckerberg mempunyai tahap wawasan yang sangat tinggi. Beliau terkenal dengan penciptaan media sosial iaitu Facebook. Selain daripada menjadi pengasas bersama, beliau juga telah menjawat jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook. Makna lain bagi seseorang yang berwawasan ialah seorang yang berpandangan jauh. Penubuhan Facebook telah menyaksikan pelbagai perubahan dan pembangunan drastik yang berlaku dalam era yang serba moden ini. Kebijaksanaannya dalam mewujudkan media sosial ini telah menyebabkan beliau memperoleh pendapatan bersih bernilai lebih daripada $ 33,4 billion dan disenaraikan sebagai jutawan di dunia yang berada di tempat ke-16 sepertiyang telah disenaraikan oleh Forbes (Dolan, 2015)
Menjadi seorang pelajar yang tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti Harvard (Vital, 2014) telah menjadikan satu faktor tolakan baginya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dia boleh berjaya sehingga kini telah mendapat jolokan sebagai usahawan yang berwawasan dan patut dicontohi. Denganadanya Facebook telah membuka pelbagai cabang komunikasi dan sehingga kini, Facebook mempunyai pengguna sebanyak satu bilion dalam satu hari. Bukan itu sahaja, sebagai contoh sifat-sifat ini, kita dapat melihat bagaimana Zuckerberg melihat masa depan melalui ciptaannya dan mengubah cara masyarakat dunia berkomunikasi.

4)    RANGKAIAN


Secara umumnya, rangkaian adalah satu ciri yang perlu ada dalam perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada rangkaian yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Hal ini bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenaraian semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan.
Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri rangkaian dalam perniagaannya ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga dimana ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.
Empat tahun yang lalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1190. Semenjak daripada itu, Puteri Diana suka dengan rekaaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa (Knowles, 2004). Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, iaitu editor British Vogue. Beliau bijak mencari peluang untuk melebarkan lagi rangkaiannya bagi membuka lebih luas pasaran untuk perniagaan kasutnya.

5)    BUDAYA TERBUKA


Sesebuah perniagaan boleh membuat perniagaan dengan mana-mana perniagaan yang usahawan inginkan tidak kira sama ada usahawan tempatan atau luar negara. Memahami perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam dunia perniagaan antarabangsa. Usahawan akan menerima cabaran dalam membentangkan dan memperluaskan perniagaan dalam horizon baru, dan ia benar-benar penting memahami sepenuhnya apa yang dibincangkan dalam pasaran baru yang merupakan perancangan untuk memperluaskan perniagaan (ciac.ca).
Sebagai contoh, Tan Sri William Cheng Heng Jem yang menerajui syarikat Parkson Holding Berhad (Bujang, 2011). Beliau telah mengenalpasti faktor umur, jantina, perubahan jumlah penduduk, kedudukan geografi, dan pendapatan dalam kalangan penduduk. Hal ini bertujuan memilih jenama untuk dipasarkan dalam perniagaan mereka. Mereka perlu memahami keperluan dan kehendak masyarakat setempat sebelum memasarkan jenama-jenama tertentu. Sekiranya jenama tersebut tidak dikenali ramai, maka pasti sukar untuk melariskan bagi jenama itu. Maka, mereka perlu mengenalpasti jenama barangan yang diguna oleh majoriti pelanggan mereka untuk memastikan gedung mereka sering dikunjungi.
6)    PEMERHATI

“Observant” membawa maksud taat atau dalam konteks perniagaan, bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, Dato’ Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan. Beliau ialah seorang pengarah filem di Malaysia. Beliau merupakan seorang usahawan yang terkemuka di Malaysia dan mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Beliau juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production dan telah mengeluarkan filem komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat tempat di hati masyarakat.
Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Beliau menggunakan konsep tajam penglihatan atau peka terhadap isu sekeliling. Dalam filem-filemnya sering menggambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang memberikan perlindungan ketat kepada remaja. Pendek kata, dalam filem-filemnya, kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat. Melalui sikapnya yang suka memerhati tidak membuatkannya takut untuk bersuara dan menyampaikan pendapatnya melalui karya seni (Lent, 1979).Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.

7      7)    KEGAGALAN SEBAGAI SATU PILIHAN

Kegagalan menunjukkan sesuatu yang membawa maksud negatif dan tak baik. Tiada orang yang suka gagal, tetapi jika kita menjalankan sesuatu projek, kegagalan sukar dielakkan. Selain itu, jika kita tidak pernah gagal, kita tidak dapat mendapatkan apa-apa pengalaman dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Melalui kegagalan, kita akan mendapatkan sesuatu yang amat berharga iaitu pengalaman. Belajar daripada kegagalan adalah sangat penting untuk berjaya kerana memberi peluang kepada kita untuk membuka minda dan lebih teliti dalam setiap perancangan.Kekurangan dan kesalahan dalam membuat keputusan selalu disedarkan selepas kita mengalami kegagalan. Tiada ada orang yang dapat berjaya tanpa mengalami kegagalan dalam kehidupannya.
Bagi ciri ini, Arianna Huffington adalah antara contohnya. Beliau ialah seorang penulis di Amerika Syarikat dan peneraju kepada The Huffington Post, iaitu sebuah laman sesawang mengenai berita, ruangan komen dan blog liberal dan tersenarai senarai wanita yang sangat berpengaruh. Beliau yang begitu berjaya juga mengalami kegagalan, iaitu semasa muda beliau menulis buku dan buku tersebut telah ditolak oleh 36 orang penerbit. Kegagalan ini amat mengecewakan beliau dan ini adalah perkara yang amat melemahkan semangatnya (Giang, 2013). Namun akhirnya seorang penerbit yang sanggup menerbitkan buku beliau dan akhirnya buku tersebut menjadi buku yang laris dijual. Beliau mempercayai bahawa kegagalan bukan penghalang untuk berjaya malah menjadi batu loncatan yang dapat membantu beliau untuk mencapai ke puncak yang lagi tinggi dan jauh.Semua orang akan menghadapi kegagalan, tetapi orang yang berjaya akan meneruskan perjuangannya. Beliau tidak berputus asa dan tidak berkompromi semasa menghadapi halangan dan kegagalan serta mendorong ke arah kejayaan. Tidak  gentar kepada kegagalan dan memilih kegagalan sebagai satu sikap dalam menjadi seorang usahawan amat perlu dipelajari dan digunakan semasa menghadapi halangan dan masalah.

8)    BERORIENTASIKAN MATLAMAT

Berorientasikan hasil adalah satu istilah yang untuk menggambarkan seorang atau sebuah syarikat yang mementingkan hasil daripada proses iaitu semasa menjalankan sesuatu kita hanya menumpukan perhatian kita terhadap matlamat dan mementingkan capaian dan sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mencapai matlamat walaupun cara yang dijalankan mungkin susah. Sikap berorientasikan matlamat ada kebaikannya kerana kita akan selalu tertumpu untuk mencari jalan yang paling cepat dan cara yang baik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, ia motivasikan kita untuk melaksanakan, bertukar fikiran dan menjalankan kerja untuk menikmati hasil dari usaha kita.
Datuk Loh Boon Siew menonjolkan sikap ini dimana beliau bertanggungjawab membawa masuk motosikal berjenama Honda ke dalam pasaran Malaysia. Beliau berasal dari Kampung Hui, di daerah Fukain yang dianggap paling miskin di China. Walaupun beliau mempunyai kekangan dari taraf kehidupannya yang miskin tetapi tidak menjadi penghalang untuk beliau berjaya. Beliau adalah seorang yang sanggup melakukan apa-apa untuk mencapai matlamat beliau.Semasa berumur 12 tahun, beliau mengikuti ayahnya berhijrah ke Pulau Pinang dan telah menimba pengalaman dengan bekerja di sebuah kedai mekanik pada waktu pagi. Pada waktu malam, beliau membasuh bas dengan kadar upah hanya 10 sen bagi setiap bas (Forum Usahawan Muda.wordpress.com). Pada usianya 18, beliau sering memikirkan cara yang memudahkan beliau untuk mencapai matlamatnya iaitu membuka perniagaan sendiri. Beliau mula untuk menyimpan wang yang diperolehinya  walaupun sedikit. Selepas itu, beliau membeli beberapa peralatan mekanik yang bernilai RM 10 dan 8 buah bas berharga RM200 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan dan setiap keuntungan telah disimpan oleh beliau dan dijadikan modal pusingan semula.
Dalam masa 7 tahun, beliau mempunyai 40 buah bas dan kedai bateri serta kedai barangan kenderaan. Pada tahun 1958, beliau melawat ke Jepun, beliau ternampak motosikal Honda yang tidak pernah digunakan di Malaysia. Beliau berfikir mungkin motosikal ini ada peluang untuk dipasarkan di Malaysia. Kemudiannya, beliau membeli 12 unit motosikal dan menjualkan kepada kawan rapat dan kemudiannya memperkenalkan motosikal Honda sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati (Mohd Johari, n.d). Sifat yang ingin berjaya ini telah mendorong beliau ke arah kejayaan. Beliau selalu mengambil peluang yang ada, untuk memastikan matlamatnya tercapai dan tidak mengeluh walaupun miskin, tidak berputus asa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kerjayaan.Oleh itu, berorientasikan matlamat merupakan satu motivasi yang agak berkesan untuk mendorong seseorang ke hadapan dan mencapai kejayaan.

9)    BERORIENTASIKAN PASUKAN

Berorientasikan pasukan adalah setiap individu digabungkan menjadi sebuah kumpulan untuk membincangkan dan melaksanakan sebuah matlamat yang sama. Menggabungkan fikiran dan kreatif setiap ahli kumpulan memberi kesan yang baik. Pasukan yang terdiri dari gabungan sebilangan individu yang mempunyai kepakaran, kemahiran, potensi, pengetahuan dan komitmen yang berlainan kepada pasukan dan rela bekerja bersama-sama. Kerjasama dalam kumpulan dapat mengumpulkan idea yang dapat menghasilkan satu projek yang lebih sempurna dan mengurangkan kesalahan. Dalam kumpulan, semua ahli usahawan adalah sama rata, semua ahli dapat mengemukakan dan berkongsi pengalaman mereka tersebut dalam mengurangkan kesalahan. Selain itu, bekerja dalam kumpulan dapat belajar cara mendengar dan memahami cadangan usahawan lain dan sikap bertanggungjawab yang perlu diamalkan. Apabila semua ahli mempunyai pandangan dan pendapat yang bertentangan, banyak perbincangan akan dilakukan untuk menetapkan keputusan terakhir atas pertimbangan antara semua usahawan.
Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page yang merupakan pengasas Google. Beliau adalah CEO Google yang merupakan satu enjin pencari internet yang paling popular dan diketahui oleh seluruh dunia. Pada mulanya, beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dalam bidang penerokaan ciri matematik dari World Wide Web. Pada masa itu seorang individu yang bernama Terry Winograd telah membimbing beliau idea-idea yang diberikan oleh Terry Winograd telah menjadi petunjuk pertama untuk memulakan menbina Google. Sementara belajar di Universiti Stanford, beliau menemui seorang yang bernama Sergey Brin, pada mulanya mereka tidak berteman dengan baik kerana pandangan yang berbeza tetapi akhirnya, mereka menjadi teman yang amat rapat kerana mempunyai sebuah topik yang berjaya menarik perhatian mereka.Topik itu adalah mengenai pencarian maklumat dari kumpulan data besar. Sampailah hari ini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google. Oleh itu, mempunyai satu pasukan yang mempunyai bakal berlainan adalah sebuah senjata yang baik untuk mendorong ke arah berjaya. Mempunyai teman yang mempunyai matlamat yang sama akan dapat membantu tekanan dan berkongsi tanggungjawab bersama-sama. Pasukan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang atas menghapuskan sifat-sifat negatif.