Sunday 31 July 2016

TIC & Biasiswa 1.5 juta


Assalamualaikum.. Salam Satu Ogos..

Macam mana hari korang harini ?Insha Allah, harini admin akan share sedikit tentang program-program yang diadakan di Taj International College.. Apa yang happening, Puan CEO pergi mana, ada perasmian apa and sempena raya nak habis ni, bila pula akan diadakan majlis hari raya oleh TIC sendiri. Banyak sungguh topics yang akan admin ketengahkan. Utk korang yang boring2 tu boleh la baca yee..

Pertama nya, sekalung tinggi tahniah diucapkan kepada Kolej TIC kerana berjaya menempah nama ke negeri Pahang dengan membawa peruntukkan dana biasiswa kepada anak-anak Pahang khususnya. Alhamdulillah, tekad TIC untuk membimbing anak-anak muda supaya tidak ketinggalan dalam masa depan ataupun tercicir dalam pelajaran.. Bersama mengejar impian dengan TIC..
 Insha Allah..



TIC (TAJ International College) melebarkan ruang dan peluang pendidikan bagi anak-anak Pahang yang bakal melanjutkan pelajaran di Kampus Cawangan TIC, di Puchong Selangor atau di Kampus Utama Ipoh, Perak.

Biasiswa Pendidikan TIC telah dilancarkan di Pahang pada 21 Julai 2016 bagi tujuan membantu ibu bapa atau pelajar untuk mengurangkan bebanan.

Puan Tina Tajuddin, selaku CEO TIC Ipoh kelihatan bersama-sama Tengku Hassanal mewakili Tengku Mahkota bagi penerimaan biasiswa pendidikan Anak-anak Pahang.


Semoga harapan TIC dalam membantu anak anak muda malaysia dalam mendapat peluang yg cerah dalam masa depan berjalan dgn lancar insha Allah. Terima kasih kpd Pihak TIC & Pihak Tengku Mahkota Pahang dalam agenda bersama menyelaraskan program yang gilang gemilang ini. 




No comments:

Post a Comment