Monday 7 November 2016

Perjuangan Belum BERAKHIR! PECUTAN SPM BERSAMA CEO TIC !




Alhamdulillah.. Sebelum berlangsung nya peperiksaan besar " SIJIL PELAJARAN MALAYSIA" CEO TIC dan para pegawai nya komited jelajah sekolah ke sekolah dalam menyampaikan sesi motivasi pendek kepada para pelajar SPM  khususnya yang bakal menjalani peperiksaan besar itu. Usaha murni CEO adalah menepati dengan sasaran Kolej International Taj dalam mensasarkan pendidikan kearah lebih tinggi di mata dunia.

Pendidikan amatlah penting kepada semua golongan tidak mengenal usia. Tidak kira lambat atau cepat, pendidikan atau ilmu tidak akan pudar dek zaman. Seiiring dengan objektif CEO iaitu memacu pendidikan kearah kecemerlangan, ingin kan anak bangsa berjaya dunia akhirat, cemerlang dalam ilmu yang dipelajari. Tiada yang mustahil dalam zaman yang serba teknologi sekarang.


Perjuangan yang belum selesai.
AHAD. 6 NOV 2016. - CEO TIC , Puan Tina Tajuddin bersama pelajar tingkatan 5 SMK Taman Ria Jaya, Sg Petani, Kedah hari ini dalam Motivasi Pecutan Akhir SPM yang akan menjelang esok. Diharapkan semoga usaha murni CEO dan TIC dapat menjadi contoh kepada semua warga pendidik khususnya dalam memacu pendidikan di Malaysia ke peringkat tertinggi , Insha Allah.
















Semoga usaha murni CEO TIC akan sentiasa dicontohi dan diambil sebagai langkah cemerlang oleh semua pihak. Anak bangsa dan belia itu permata negara. Jika kita tidak kilatkan dengan ilmu dan pelajaran, maka permata itu tidak akan menyinar apalagi akan malap. 

Untuk sebarang info lanjut mengenai kursus dan program DIPLOMA @ DEGREE yang disediakan di Taj International College, jom layari laman web TIC sendiri di : www.tic.edu.my 





No comments:

Post a Comment